Masuk malam ni, bermakna da 2 malam aina demam,Tak suka demam sebab Bila demam, mesti aina jadi panas baran dan tak bersemangat je nak buat benda-benda lain,lemah badan,Hish nak p kje pun tak larat tapi di sebabkan banyak da cuti,kene la kuat an diri untuk pergi keje..
Jom kita berkenalan dengan demam nak x?? Semua orang pernah merasa demam an??
demam ni bukanlah satu penyakit. Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan,dalam kes aina, aina demam kerana jangkitan virus selsema, Demam ialah gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit ringan (tak serius). Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius, Jika melebihi tahap ini, anda dikatakan demam. .
Sebab-sebab korang boleh demam:
- Jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi dan HIV.
- Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB), dan jangkitan pada selaput otak (meningitis).
- Demam malaria
- Penyakit sendiri
- Barah
Cara Rawatan di rumah:
- Jika demam tak teruk, tiada rawatan yang diperlukan
- Minum air dengan kerap untuk menambah bendalir dalam badan
- Makan makanan yang mudah hadam seperti sup
- Cuba mandi menggunakan air panas suam untuk meredakan demam
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini boleh menaikkan suhu badan(tapi aina tetap nk berselimut,hehex)
- Makan ubat seperti paracetamol untuk meredakan demam (make sure diambil mengikut aturan)
#tak larat nie tapi sempat jugak buka blog,hehex. . cepat la sembuh,amin. .








amin :D syg sgt3 kt ko ! <3 <3 <3
ReplyDelete